Khamis, 16 Februari 2017

Tragedi Misteri Pesawat MH370 - Misi Pencarian Digantung

Ingat lagi tentang peristiwa kehilangan kapal terbang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS)? Bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga yang terlibat, pasti tak akan lupa, sampai hujung nyawa pun tak akan lupa, betul? Orait, ini ada perkembangan terbaru mengenai kapal terbang MH370 tersebut. Tetapi sayang, perkembangan kali ini sedikit mendukacitakan lah. 


Dikhabarkan misi pencarian pesawat MH370 milik MAS itu telah digantung. Adakah misi pencarian itu akan dihentikan terus? Jika itu berlaku, maka kehilangan pesawat MH370 akan terus menjadi misteri. 

Berikut adalah berita muka hadapan akhbar Kosmo! edisi 18 Januari 2017 (Rabu) bersamaan 19 Rabiulakhir 1438H. 



Misi Pencarian MH370 di Lautan Hindi Digantung 

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 kini digantung kerana tidak menemui maklumat baharu.


Dalam satu kenyataan bersama Malaysia, Australia dan China, kapal mencari terakhir dalam operasi itu meninggalkan kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dekat Australia semalam. 


Operasi terakhir di Lautan Hindi gagal temui maklumat terbaharu sejak 2014 


PUTRAJAYA – Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di dasar laut kini digantung selepas operasi pencarian terakhir di selatan Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer (km) persegi tidak menemui sebarang maklumat terbaharu. 


Menurut satu kenyataan bersama Malaysia, Australia dan China, pesawat itu masih tidak dapat ditemui walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan kedudukannya selepas misi pencarian dilakukan selama 34 bulan. 


“Ini termasuk mengambil kira usaha dari segi sains, teknologi tercanggih serta nasihat daripada pakar-pakar yang berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing.” 


 

“Walaupun kajian saintifik secara bersama diteruskan bagi memperhalusi segala kemungkinan namun sehingga kini tiada maklumat terbaharu diperoleh bagi menentukan lokasi tepat pesawat berkenaan,” katanya di sini semalam. 


Kenyataan bersama itu dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester dan Menteri Pengangkutan China, Li Xiaopeng. 


Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang ketika berada di ruang udara Vietnam pada pukul 1:07 pagi ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. 


Operasi mencari dan menyelamat kemudian dilancarkan di Laut China Selatan melibatkan kawasan seluas 42,616 kilometer persegi serta Selat Melaka meliputi kawasan seluas 49,527 kilometer persegi membabitkan 26 negara sebelum ditamatkan pada 15 Mac 2014. 


Misi pencarian secara besar-besaran itu diperluaskan lagi ke koridor utara menghala ke Negara Kazakhstan dan Kyrgyzstan manakala koridor selatan ke Lautan Hindi melibatkan kawasan seluas 7.68 juta kilometer persegi. 


Bagaimanapun, para penyiasat mengesahkan tiga serpihan iaitu flaperon, sayap dan komposit yang ditemui di barat Lautan Hindi berasal daripada kapal terbang MH370. 




 

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut diputuskan oleh Malaysia, China dan Australia selepas Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Negara mengenai MH370 yang disertai ketiga-tiga pemimpin berkenaan pada Julai 2016. 


“Keputusan untuk menggantung pencarian pesawat MH370 itu tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya dan tanpa mengambil kira perasaan sedih (keluarga mangsa),” kata kenyataan itu. 


Dalam kenyataan tersebut, ketiga-tiga pemimpin berkenaan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada negara-negara yang menyediakan kepakaran dan bantuan sejak tragedi itu berlaku. 





Voice370 gesa misi mencari pesawat MH370 tetap diteruskan 


SYDNEY – Ahli keluarga kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 meminta pihak berkuasa meneruskan operasi mencari pesawat malang tersebut sehingga ia ditemui. 


Sebuah badan digelar Voice370 yang mewakili keluarga mangsa dalam satu kenyataan memberitahu, mereka kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama yang bertanggungjawab dalam mengetuai misi tersebut. 


Voice370 menyatakan bahawa terdapat pandangan daripada pakar pada bulan lepas yang mencadangkan pencarian baharu di kawasan 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi perlu diteruskan demi kepentingan keselamatan penerbangan lain dan ahli keluarga kru dan penumpang pesawat. 


“Pesawat komersial tidak boleh dibiarkan hilang tanpa dikesan. Misi pencarian perlu diteruskan,” kata kenyataan tersebut dengan meminta negara-negara terlibat termasuk Malaysia, China dan Australia untuk mempertimbangkan keputusan penangguhan pencarian tersebut. 


Misteri pesawat MH370 perlu dirungkai 


KUALA LUMPUR – Meskipun perlu menerima hakikat bahawa pencarian dasar laut pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 telah digantung namun waris penumpang dan ahli keluarga anak kapal pesawat tersebut masih berharap agar usaha pencariannya dapat disambung semula pada masa akan datang. 


Selamat Omar, bapa kepada Mohd. Khairul Amri Selamat iaitu salah seorang penumpang pesawat MH370 berkata, dia sedar segala usaha mencari sudah dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga meliputi selatan Lautan Hindi namun malangnya kapal terbang tersebut masih gagal dijumpai. 






“Kami tidak memaksa kerajaan untuk segera memulakan pencarian pesawat MH370 tetapi jika kewangan negara semakin kukuh, pencarian pesawat di lokasi baharu mungkin mampu merungkai segala misteri MH370,” kata Selamat, 64, ketika dihubungi Kosmo! semalam. 


Selamat berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan bersama Australia dan China yang memutuskan untuk menggantung operasi pencarian MH370 selepas 3 tahun yang meliputi kawasan 120,000km persegi di selatan Lautan Hindi gagal menemui pesawat tersebut. 


Mengulas lanjut, Selamat yang merupakan peneroka dari Felda Bukit Mendi, Bera, Pahang berkata, dia dan keluarga telah reda dengan apa yang berlaku kepada anaknya Mohd. Khairul Amri Selamat namun tetap berharap agar bangkai pesawat berkenaan dapat ditemui dan lebih penting mengetahui punca kapal terbang itu terhempas. 


Semasa tragedi itu Mohd. Khairul Amri Selamat yang merupakan jurutera pesawat berusia 29 tahun. 


Adik kepada Murzi Yusop yang juga salah seorang penumpang pesawat MH370, Zurihan Yusop, 46, pula menggesa kerajaan menilai semula usaha pencarian yang sudah memakan masa 3 tahun itu yang gagal tanpa menemui sebarang petunjuk. 






“Sebelum ini kerajaan begitu yakin bahawa pesawat MH370 dikatakan terhempas di selatan Lautan Hindi namun setelah pencarian digantung hari ini (semalam) pesawat itu tidak juga ditemui,” katanya. 




Selasa, 3 Januari 2017

10 Syarikat Penerbangan Kapal Terbang Terburuk Bagi Tahun 2016 – (Setakat Jun 2016)


Baik, lawannya buruk...betul? Jika ada 10 buah syarikat kapal terbang pesawat terbaik untuk tahun 2016, sudah pasti wujud juga 10 buah syarikat penerbangan TERBURUK bagi tahun 2016. Terburuk bukanlah bermaksud kapal terbang ataupun pesawat yang digunakan buruk, tetapi servis perkhidmatan yang disediakan mendapat komen kurang enak daripada pelanggan syarikat penerbangan tersebut.

Kebanyakkan pelanggan mengadu mengenai layanan yang tidak memuaskan daripada wakil khidmat pelanggan, krew penerbangan yang kurang mesra sehinggalah ke skop kerja kakitangan syarikat penerbangan yang tidak teratur.

Aduan yang paling banyak diterima oleh setiap syarikat kapal terbang ini adalah berkaitan kerusi di dalam pesawat. Pelanggan mereka bersungut tentang saiz kerusi yang terlalu kecil, kerusi keras dan juga tali pinggang keselamatan pada kerusi rosak.

Makanan yang disediakan di dalam pesawat juga turut mengundang rasa tidak puas hati pelanggan. Rasa makanan tidak sedap dan variasi makanan terhad antara yang pelanggan sungutkan.

Tandas di dalam kapal terbang juga tidak ketinggalan mendapat kritikan. Tandas kotor dan berbau serta keadaan dalam tandas yang menyakitkan mata adalah aduan biasa yang diterima daripada pelanggan.

Orait itu adalah antara komen-komen negatif yang diterima oleh syarikat penerbangan terburuk ini.

Berikut adalah senarai 10 buah syarikat penerbangan tersebut (setakat Jun 2016);

Kita mula dengan nombor 10 dahulu yea;

10. Rossiya Airlines, Russia
9. Yemenia, Yemen
8. Cubana, Cuba
7. Lion Air, Indonesia
6. Turkmenistan Airlines, Turkmenistan
5. Spirit Airlines, USA
4. Bahamasair, Bahamas
3. Sudan Airways, Sudan
2. Tajik Air, Tajikistan
1. Air Koryo, North Korea


Nampaknya syarikat penerbangan Air Koryo dari negara Korea Utara menduduki tempat pertama dalam senarai 10 buah syarikat penerbangan terburuk tahun 2016 yea.

Negara kita Malaysia nampaknya tidak ada dalam senarai. Ini menunjukkan perkhidmatan syarikat kapal terbang Malaysia dalam skala yang sederhana - tidak terlalu cemerlang dan tidak juga mengecewakan.

Untuk mengetahui bagaimana wajah syarikat penerbangan yang mempunyai reputasi buruk ini, bolehlah menonton video di bawah yea. Secara am, syarikat penerbangan terbaik atau sebaliknya kelihatan sama sahaja, tidak ada apa yang berbeza. Kena rasai sendiri perkhidmatan mereka, kemudian barulah boleh kata bagus atau tidak.

Selamat menonton dan terima kasih. Sumber :





Sumber : YouTube 



Sabtu, 31 Disember 2016

Syarikat Penerbangan Kapal Terbang Terbaik Bagi Tahun 2016 – (Setakat Julai 2016)

Kita sentiasa inginkan yang terbaik, betul? Sudah pasti apabila membeli tiket kapal terbang, kita juga mahu dapatkan servis perkhidmatan terbaik dari syarikat penerbangan yang terbaik juga, betul? Terbaik…terbaik, tapi tahu ke syarikat kapal terbang yang terbaik untuk tahun 2016? 


Berikut adalah 10 buah syarikat penerbangan yang memberikan servis perkhidmatan terbaik sepanjang tahun 2016. 


Sebelum itu, syarikat penerbangan ini dinilai daripada segi ruang kabin yang selesa, jenis makanan yang dihidangkan, kecekapan memberi servis perkhidmatan, layanan terhadap pelanggan dan adakah semua itu berbaloi dengan nilai wang pelanggan. Oh, ya! Semua kriteria tersebut dinilai sendiri oleh penumpang syarikat penerbangan pesawat yang mengambil bahagian. 


10 buah syarikat penerbangan terbaik untuk tahun 2016; 

1. Emirates – Negara UEA (Emiriah Arab Bersatu) 

2. Qatar Airways – Negara Qatar 

3. Singapore Airlines – Negara Singapura 

4. Cathay Pacific – Hong Kong 

5. All Nippon Airways – Negara Jepun 

6. Etihad Airways - Negara UEA (Emiriah Arab Bersatu) 

7. Turkish Airlines – Negara Turki 

8. EVA Air – Negara Taiwan 

9. Qantas Airways – Negara Australia 

10. Lufthansa – Negara Jerman 


Nampaknya negara kita, Malaysia tidak dinyatakan
dalam senarai di atas yea. Tak ada rezeki... mungkin tahun depan agaknya. 


Ok. Itu saja. Video di bawah berkenaan dengan 10 syarikat kapal terbang di atas. Kot-kot nak tengok macam mana rupa pesawat syarikat mereka, jemput la menonton. 




 Terima kasih. 


Sumber : YouTube & Google

Jumaat, 30 Disember 2016

SULIT! Rahsia Pilot Kapal Terbang Yang Selama Ini Disembunyikan – Anda mahu tahu?

Pilot ataupun juruterbang pesawat adalah orang yang paling kita percayai 100% apabila menaiki kapal terbang, betul? Disebabkan itu ditambah pula tanggungjawab kerja yang berat, pilot TIDAK boleh melakukan sebarang kesilapan apatah lagi lalai semasa bertugas. Jika berlaku juga, perkara itu perlu dan mesti menjadi rahsia yang tidak boleh diketahui umum! 



Seramkan intronya? 



Baiklah antara beberapa ‘rahsia besar’ yang selama ini disembunyikan oleh pilot kapal terbang; 



1. Kapal terbang tersalah arah – Kesilapan ini terjadi sama ada pesawat berada di daratan ataupun semasa terbang di angkasa. Kesilapan ini terjadi lebih kurang 1000 kali setiap tahun! 



2. Pilot, co-pilot dan semua krew anak kapal terbang berada dalam kepenatan. Untuk pengetahuan, mereka dibenarkan untuk bertugas sehingga 16 jam tanpa henti. 



3. Pilot pesawat juga kaki gajet. Tumpuan mereka sering diganggu oleh komputer riba (laptop) dan telefon bimbit semasa bertugas. Pada tahun 2009, sebuah kapal terbang tersasar sejauh 150 batu dari tempat mendarat kerana gangguan ini. 


4. Pilot kapal terbang tidak akan maklumkan jika ada keranda mayat di dalam pesawat tersebut. 



5. Pada pilot pesawat, tidak ada istilah ‘mendarat di atas air’ (water landing). Sebaliknya, kapal terbang terhempas ke dalam lautan! 



Amacam? Berani lagi naik kapal terbang? 



Itu baru 5 rahsia pilot kapal terbang yang telah diketahui. Ada lagi rahsia-rahsia sulit yang tidak kurang hebatnya dalam video di bawah. Selamat menonton. 





Terima kasih. 



Sumber : YouTube

Khamis, 29 Disember 2016

Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang Pesawat? – Ketahui 9 Tips PENTING Ini

Video ini pendek jer tetapi sangat-sangat menarik dan amat berguna. Video ini juga telah ditonton hampir 6 juta kali di YouTube. 



Untuk yang pertama kali menaiki pesawat kapal terbang, first timer la nih, 9 tips penting ini, amat penting untuk diketahui. 



1. Sentiasa bersedia - Semasa di bahagian pemeriksaan, bersedia untuk mengeluarkan sebarang bentuk cecair yang anda bawa. Bersiap sedia dengan segala dokumen (passport / tiket kapal terbang) di dalam tangan. Lagi 1, bersedia juga untuk tanggal kasut. 



2. Tak boleh angkat beg yang dibawa? Tinggalkan sahaja! Mengapa? – Jawapan ada dalam video. 



3. Awas jika penumpang di sebelah tak berhenti dan asyik makan dan minum. 



4. Semasa berada di dalam tandas di dalam kapal terbang, hanya 5 minit sahaja masa diberi untuk selesaikan segala ‘urusan’. 



5. Ruang peribadi kita adalah seluas tempat duduk kita di dalam pesawat. Bagaimana jika penumpang sebelah saiz gergasi? 



6. Suka baringkan kerusi? Kerusi di dalam kapal terbang hanya boleh dibaringkan jika penerbangan yang dinaiki melebihi 2 jam dan……. 



7. Bersiap sedia dengan tangisan anak kecil. 



8. Untuk yang membawa anak kecil, fikirkan sesuatu aktiviti supaya mereka tidak menganggu penumpang pesawat yang lain. 



9. Kapal terbang dah mendarat! Relax, bawa bertenang jangan terburu-buru ‘terjun’ dari kapal terbang. Untuk turun dari kapal terbang pesawat mengambil sedikit masa. Sabar yea, lagi pun dah sampai kan. 



Details ada di dalam video di bawah. Jemput tonton. Tak lama Cuma 1 minit 44 saat saja. 




Terima kasih. 



Sumber : YouTube 


Tips Menaiki Kapal Terbang / Pesawat – Apa Yang Perlu Dibawa?

Memang mengujakan apabila pertama kali atau sesekali menaiki pesawat kapal terbang kan. 



Okay. Kita mungkin akan berada lama atau sebentar sahaja di dalam perut kapal terbang bergantung kepada destinasi kita. 



Semasa duduk di atas kerusi di dalam pesawat apa yang perlu kita buat? Itu bergantung kepada apa yang kita bawa bersama. 



Video di bawah berkongsi tentang beberapa barangan yang perlu kita bawa bersama ketika berada di dalam pesawat; 



Pertama sekali, kita perlukan sebuah beg sandang kecil. Beg ini gunanya untuk membawa ataupun mengisi; 



1. Wallet ataupun dompet kecil – untuk menyimpan dokumen peribadi, wang kad bank / kad kredit dan lain-lain



2. Telefon bimbit (pastikan dalam airplane mode yea), pengecas (charger cabel) dan power bank. 



3. Gula-gula dan snek – untuk mengisi perut. Percayalah tak buat apa-apa di dalam kapal terbang, perut akan mudah lapar. 



4. Jaket tebal 



5. Buku 



6. Neck pillow (bantal yang bentuk huruf 'U' tue la ) 



 7. Chewing gum ataupun gula-gula getah – Kenapa nak kena ada pula? Sila tonton video di bawah. 
  


Orait. Itu sahaja rasanya yang perlu dibawa ketika berada di dalam pesawat. Kalau nak bawa ler. Tak nak bawa, terpulang… Details ada dalam video. 



Harap sudi menonton video di bawah. Tak tengok, rugi!!! Dua orang aweks dalam video nie lawa ooo… 




Terima kasih. 



Sumber : youtube

Bagaimana Syarikat Pesawat Kapal Terbang (Penerbangan) Tambang Murah Beroperasi?




Jika harga tiket kapal terbang secara mutlaknya mahal, bagaimana pula syarikat penerbangan tambang murah beroperasi yea? 



Sebelum kita teruskan, ini adalah analisis berdasarkan prestasi syarikat kapal terbang ataupun penerbangan tambang murah di luar negara. Faktor yang ada mungkin tidak sesuai ataupun tidak sama sekali digunakan oleh syarikat tempatan. Harap maklum yea. 



Tetapi secara dasarnya, ini adalah beberapa faktornya bagaimana sesebuah syarikat penerbangan tambang murah beroperasi; 



1. Membeli pesawat ataupun kapal terbang baru dengan jumlah yang banyak (banyak maksudnya membeli beratus-ratus buah pesawat baru) – Hairan? Tonton video ini untuk mendapatkan jawapannya.



2. Beli kapal terbang ataupun pesawat baru dalam kuantiti yang banyak, dalam model yang SAMA. 


 
3. Rekabentuk ataupun design kerusi di dalam pesawat syarikat kapal terbang tambang murah juga unik. Ketahui dalam video di bawah. 



 4. Syarikat penerbangan tambang murah hanya beroperasi di lapangan terbang yang menawarkan kos yang murah juga. 



5. Memaksimumkan masa di udara. Syarikat kapal terbang murah menetapkan masa 30 minit hingga 45 minit sahaja untuk menurunkan dan mengambil penumpang. Lebih lama pesawat mereka di udara, lebih banyak wang masuk untuk syarikat. Lagipun kapal terbang direka untuk terbang kan? Buat apa lama-lama duduk di daratan? 



Okay, itu antara faktor ringkas bagaimana syarikat penerbangan tambang murah beroperasi. Ideanya mudah, syarikat sedaya upaya mengurangkan kos penerbangan supaya harga tiket menjadi murah. Simple. 



Details ada di dalam paparan video di bawah. Selamat menonton dan terima kasih.



Sumber : youtube